Kerjaya kelab Paulinho

Kerjaya awal

Paulinho memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja Pão de Açúcar pada tahun 2004. Paulinho kemudian sertai kelab Lithuania, FC Vilnius pada tahun 2006. Beliau bermain dengan baik ketika bersama Vilnius ketika dua musimnya di Lithuania, beliau menjaringkan lima gol dari 38 kemunculan domestik. Tetapi, pada penghujung LFF Lyga 2007, FC Vilnius telah turun ke divisyen dua dan beliau terpaksa meninggalkan kelab itu dan beliau kemudian berpindah ke Poland, dengan menandatangani kelab Ekstraklasa, ŁKS Łódź.[3] Selama satu musim di Poland, Paulinho telah membuat 17 penampilan liga, sebelum beliau kembali ke Brazil untuk sertai semula Pão de Açúcar pada musim panas 2008. Selepas musim yang baik di sana, Paulinho berpindah sekali lagi, kali ini ke kelab Série B, Bragantino [ada tahun 2009.[4]

Corinthians

Paulinho bersama Corinthians ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2012.

Pada 2009, Paulinho sertai kelab gergasi São Paulo, Corinthians. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk kelab pada 30 Mei 2010, ketika menang 4-2 ke atas pesaing terdekat, Santos.[5] Sepanjang perjalanan ke perlawanan akhir Copa Libertadores, Paulinho menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan suku akhir kedua menentang Vasco da Gama, beliau menjaringkan gol itu pada minit ke-87 dan berjaya menghantar Corinthians memasuki separuh akhir.[6]

Pada 10 November 2012, Paulinho menjaringkan dua gol Corinthians ketika membelasah Coritiba 5-1 dalam saingan liga.[7] Pada 16 Disember, Paulinho bersama Corinthians menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA di Yokohama selepas Paolo Guerrero menjaringkan gol kemenangan 1–0 ke atas juara Eropah Chelsea.[8]

Tottenham Hotspur

Pada 6 Julai 2013, kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur telah melengkapkan perpindahan Paulinho selepas Tottenham dilaporkan membayar £17juta kepada kelab Corinthians.[9] Paulinho antara rekod paling mahal di Tottenham. Walau bagaimanapun, rekod ini dapat dileburkan apabia Spurs menandatangani Roberto Soldado dari Valencia dan pemain sayap, Erik Lamela dari Roma dengan bayaran yang dijumlahkan £25.8 juta, dan bayaran ditambah lagi sebanyak £4.2 juta.[10]

Beliau membuat penampilan pertama di Liga Perdana Inggeris pada 18 Ogos 2013 menentang Crystal Palace, beliau terpilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan selepas Spurs menang 1-0 dan berterima kasih kepada tendangan penalti Roberto Soldado.[11] Pada 22 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Spurs dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Dinamo Tbilisi, Spurs menang besar 5-0 dalam perlawanan pertama.[12] Beliau menjaringkan gol liga pertamaya pada 22 September 2013 menentang Cardiff City, 1–0.[13]

Rujukan

WikiPedia: Paulinho http://bleacherreport.com/articles/1661286-scoutin... http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20130... http://statistics.ficfiles.com/conmebol/libertador... http://www.fifa.com/confederationscup/players/play... http://www.fifa.com/confederationscup/teams/team=4... http://globoesporte.globo.com/futebol/times/corint... http://globoesporte.globo.com/jogo/brasileirao2012... http://www.goal.com/en-us/match/67981/argentina-vs... http://www.goal.com/en-us/match/92233/brazil-vs-ar... http://www.premierleague.com/en-gb/news/news/2013-...